awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa Pak Nasser di sebalik Nasi Lemak AirAsia?

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
27/12/2018
08:11 MYT
Siapa Pak Nasser di sebalik Nasi Lemak AirAsia?
Nasi Lemak Pak Nasser merupakan hidangan yang menerima pesanan tertinggi untuk tahun 2018. - Gambar fai
NETIZEN mungkin tertanya-tanya siapakah Pak Nasser, nama di sebalik nasi lemak popular yang dihidangkan dalam penerbangan AirAsia?
Mungkin ramai yang tidak tahu, juadah Nasi Lemak Pak Nasser telah dinobat sebagai makanan paling laris terjual dalam penerbangan AirAsia bagi tahun 2018.
Astro AWANI difahamkan syarikat penerbangan AirAsia pernah mempunyai seorang anggota pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu bernama Datuk Abdul Nasser Abu Kassim.
Abdul Nasser pernah berkhidmat di AirAsia pada awal penubuhannya selama lapan tahun antara 2002 dan 2009.
BACA: Merecik!!! Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia paling laris di udara
Beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pengarah Negara bagi Indonesia AirAsia berpangkalan di Jakarta, Pengarah Serantau, Perkhidmatan Inflight, Sewa Khas dan Kargo, Ketua Serantau Kargo, Ketua Serantau Pembangunan Perniagaan Kerajaan dan Timur Tengah dan Pengarah Eksekutif.
Nasser ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis mengesahkan, nama juadah itu memang diambil sempena namanya.
"Kami (di AirAsia) bersetuju menamakannya sempena nama saya kerana jabatan itu adalah di bawah pengawasan saya. Tan Sri Tony Fernandes juga terlibat dalam pemilihan nama berkenaan," kata Nasser, dalam jawapan ringkasnya melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
Sebelum AirAsia, Abdul Nasser menghabiskan masa selama 18 tahun berkhidmat di syarikat muzik Warner Music Malaysia sebagai Pengarah Eksekutif.
Meskipun Abdul Nasser pernah berkhidmat di AirAsia suatu ketika dahulu, bagaimanapun tiada pengesahan khusus daripada pihak syarikat penerbangan berhubung nama Nasi Lemak Pak Nasser berkenaan.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#nasi lemak
#Nasi Lemak Pak Nasser
#Nasser Abu Kassim
#Pak Nasser
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan