Sebagai penyedia platform untuk anak muda tempatan mengasah kemahiran mereka, StartupMalaysia, dengan tajaan Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) baru-baru ini menganjurkan SPARK X, program pembelajaran secara maya percuma untuk belia berusia 18 hingga 25 tahun.
Berlangsung selama tiga hari dari 6 Mei hingga 8 Mei 2020, program ini bertujuan melengkapkan peserta dengan kemahiran dalam tiga bidang utama iaitu Asas Reka Bentuk, Asas Pembangunan Laman Web serta Asas Komunikasi dan Pemasaran Digital dengan Media Sosial.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MAVCAP, untuk menyediakan golongan muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengorak langkah dalam situasi masa depan yang tidak menentu disebabkan oleh pandemik COVID-19.
"Bidang seperti reka bentuk, pengaturcaraan dan pemasaran di era digital sangat relevan dan tepat pada masanya ketika dunia dilanda wabak, yang telah menyaksikan penyelesaian digital dan perniagaan inovatif menjadi sangat signifikan," kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, Shahril Anas.
Bagi peserta, platform ini membantu menyediakan mereka dengan kemahiran yang boleh digunakan sebagai asas dalam bidang pekerjaan atau mencari pendapatan sampingan.
"Program SPARK-X sangat membantu kerana memberi kami peluang untuk mencari idea tentang satu produk dan kami diberi alat dan ilmu untuk mengusahakannya selama tiga hari.
"Saya berharap ini akan membantu saya apabila saya membina syarikat pemula nanti," kata seorang peserta, Eda Tee.
"Program ini berjaya memenuhi tujuannya menjadi pembangun masyarakat. Di masa depan, saya berharap dapat mewujudkan syarikat pemula pendidikan, yang akan membantu mengisi jurang taraf hidup dan pendidikan di Malaysia," kata seorang lagi peserta, Mohammad Ikhwan Khairun Nadzim.
Atas sambutan menggalakkan, satu sesi tambahan sedang dirancang dan akan dijalankan tidak lama lagi.
Mereka yang berminat boleh melayari https://bit.ly/3ahmR31 untuk mendaftar.
Astro Awani
Wed May 20 2020
Peserta teruja dapat pelajari kemahiran yang boleh digunakan sebagai asas dalam bidang pekerjaan atau mencari pendapatan sampingan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.