Sumaiyah teruja jadi penghantar makanan walaupun berkerusi roda

Sumaiyah teruja jadi penghantar makanan walaupun berkerusi roda
Sumaiyah Ghazali yang mengidap cerebral palsy teruja bertugas sebagai penghantar makanan GrabFood sejak empat bulan lalu. -Facebook Berita Harian Singapura
LUMPUH dan berkerusi roda bukan alasan untuk wanita ini tidak bekerja.

Sumaiyah Ghazali yang menghidap cerebral palsy bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood sejak empat bulan lalu.

Selain bergantung kepada kerusi rodanya, tugas Sumaiyah juga dipermudahkan dengan menggunakan telefon pintar yang menunjukkan arah ke destinasi pelanggan.
Biarpun pergerakannya agak terhad, beliau tetap mengutamakan pelanggan, tidak kira panas atau hujan, tetap mahukan makanan dipesan dihantar dengan kadar segera.




Teruja dengan kerjaya baharu ini, Sumaiyah hanya berharap warga Singapura yang memesan makanan melaluinya prihatin dengan keadaan dan keterbatasan beliau.

"Maaf, bukannya saya tidak mahu sampai kepada segera tapi saya sebenarnya kurang upaya jadi saya tidak boleh menganggarkan masa bila saya boleh sampai kepada anda kerana ia bergantung kepada lampu isyarat, jadual bas dan memerlukan masa," katanya.

"Kepada semua pelanggan, jika anda melihat nama saya, Sumaiyah B, saya pohon anda bersabar dan memahami bahawa orang seperti saya mengalami pergerakan agak lambat. Tetapi saya cuba menghantar makanan ada secepat mungkin."