Proses membakar menggunakan bara arang membuatkan penyediaan Suntong Tutok atau sotong kering satu juadah yang istimewa dengan rasa tersendiri.
Bagi peniaga Suntong Tutok, Ramli Morshidi, 58, kemahiran yang diwarisinya sejak 1980-an dalam menyediakan hidangan tersebut membuatkan ramai yang memilih untuk membuat tempahan dengannya terutama ketika Ramadan.
Jelasnya, tempahan yang diterima sangat luar biasa. Malah, membuatkan perniagaan dimilikinya itu sudah tidak asing lagi di Kampung Hulu, Sri Aman.
“Perniagaan ni saya sudah mewarisi dari abang saya yang telah dimulakannya 40 tahun lalu dan kebiasaannya saya akan berniaga Suntong Tutok ini dua hari sebelum menjelang hari Ramadan," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Dalam pada itu Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini langsung tidak mematahkan semangat Ramli untuk meneruskan perniagaannya.
Ujarnya, dia tidak terkecuali dalam melakukan penjualan secara dalam talian dengan kaedah ‘Cash On Delivery’ (COD).
Ramli memberitahu, kaedah ini memudahkan urusan penjualan kerana pelanggan dapat terus melakukan tempahan hanya melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook.
Akui Ramli, permintaan Suntong Tutok sangat luar biasa sampaikan tidak menang tangan mengendalikan tempahan pelanggan.
“Alhamdulillah, perniagaan secara atas talian ini agak mendapat sambutan apabila saya menerima tempahan sehingga 100 pek sehari. Disebabkan itu, kami terpaksa menyediakan juadah seawal jam 7 pagi sehingga 6 petang,” luahnya.
Apa yang menarik jelas Ramli, keistimewaan Suntong Tutok bukan hanya terletak pada cara pembakarannya tetapi juga pada resepi turun temurun dimilikinya dalam menghasilkan sos pencicah sotong tersebut.
Katanya, sos pencicah yang dihasilkan terdiri dari bahan-bahan tempatan seperti cili kering, kacang tanah, kicap dan gula apong.
Sementara itu, bagi pelanggan, Baharuddin Abdul Karim, dia teruja apabila dapat merasai Suntong Tutok di Kampung Hulu dan sering kali berkunjung ke situ setiap kali menjelang Ramadan.
"Saya memang sudah lama menjadi pelanggan setia Suntong Tutok ini kerana rasa sambalnya berbeza,” kongsinya ketika ditemui.
Lynch Cowan
Fri May 01 2020
Ramli Morshidi sudah mengusahakan perniagaan Suntong Tutok sejak 40 tahun yang lalu dan rata-rata pelanggannya sudah biasa dengan rasa Suntong Tutok istimewanya. - Gambar Astro AWANI
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024