SEMPENA sambutan Hari Ibu semalam, ramai netizen mendedikasikan ucapan buat ibu tercinta.

Seorang jurugambar popular, Pinography turut meraikan hari ibu dengan berkongsi sepotong video rakaman 'game show' yang dijayakan oleh ibu dan anak, Datuk Seri Wan Azizah dan Nurul Izzah Anwar.

Dalam video terbabit, pasangan ibu dan anak itu diajukan beberapa soalan trivia tentang peribadi dan minat masing-masing.

Antara 'rahsia' yang didedahkan oleh Wan Azizah adalah hobi Nurul Izzah yang gemar mencari lagu hit di radio.

Walaupun video itu dimuat naik di laman YouTube pada 21 Disember 2017, namun intipatinya bersesuaian untuk menggambarkan hubungan akrab ibu dan anak.

Rata-rata netizen memuji pertalian akrab yang terjalin antara dua beranak ini dan menyifatkan aksi mereka comel dan sweet.

Mari kita tonton versi penuh keletah dua beranak ini: