Tutup

Syarikat di New Zealand ini tawarkan pekerjanya pilihan cuti tanpa had

Syarikat di New Zealand ini tawarkan pekerjanya pilihan cuti tanpa had
Syarikat yang bertapak di New Zealand itu meletakkan peraturan di mana kesemua pekerja seharusnya mengambil sekurang-kurangnya cuti empat minggu setiap tahun untuk mengembalikan stamina mereka - Foto Unsplash
CUBA bayangkan, jika anda boleh bercuti pada bila-bila masa tanpa perlu fikir kerana syarikat anda menawarkan cuti tanpa had.

Rocketwerks, sebuah syarikat pembangunan permainan video ditubuhkan pada tahun 2015, tampil dengan satu idea yang sangat berbeza apabila pekerjanya boleh mengambil cuti tanpa had dan cuti sakit pekerja yang juga berbayar.
Syarikat yang bertapak di New Zealand itu meletakkan peraturan iaitu kesemua pekerja seharusnya mengambil sekurang-kurangnya cuti empat minggu setiap tahun untuk mengembalikan stamina mereka.

Malah mereka hanya perlu memaklumkan kepada pasukan kerja  jika mereka perlu mengambil atau menambah cuti masing-masing.
Ketua Eksekutifnya, Dean Hall berkata strategi itu membantu syarikat menarik ramai kakitangan berkebolehan dan berdaya saing serta dia meletakkan kepercayaan yang penuh kepada kakitangannya untuk melaksanakan projek bernilai jutaan Pound.

Syarikat teknologi itu mengambil pendekatan progresif dengan memperkenalkan skim pekerjaan tersebut dengan tujuan melonjakkan keterlibatan staf dan produktiviti.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The untold story of making the video game DayZ, coming soon

A post shared by Dean Hall (@thedeanhall) on


Bukan itu sahaja, pekerjanya juga ditawarkan gaji tahunan secara purata kira-kira 40,000 Pound Sterling (RM215,468).

Hall yang juga bekas anggota tentera udara, menjelaskan, konsep yang tidak ortodoks itu mungkin membuatkan sesiapa sahaja membayangkan sebuah pejabat yang kosong dan sasaran syarikat yang tidak terlaksana.

Namun, selepas dipantau, konsep tersebut terbukti dapat meningkatkan hasil kerja selain menggalakkan autonomi dan kesan positif dalam pasukan kerja.

Tambah Hall, kelebihan waktu untuk diri sendiri membolehkan pekerjanya menguruskan hal peribadi tertentu yang menjejaskan tumpuan kerja - seperti memperbetulkan soal perhubungan, bersedih atas kematian haiwan peliharaan tersayang, kesibukan berpindah rumah dan menangani isu kesihatan mental.

"Para pekerja diberi kebebasan untuk perkara di luar pejabat supaya mereka mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan.

“Semua idea ini dipengaruhi pengalaman sewaktu saya berkhidmat dengan tentera. Pekerja sebenarnya adalah aset terhebat," ujarnya seperti yang dipetik dari portal gaya hidup Australia, Happy Mag.


Tag: Cuti Tanpa Had, Dean Hall, Rocketwerks, kerjaya, pekerjaan, cuti berbayar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.