Tahniah! Dr Amalina terima anugerah Darzi Fellowship

Tahniah! Dr Amalina terima anugerah Darzi Fellowship
Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di seluruh United Kingdom. -Foto Twitter/ @DrAmalinaBakri
SEBUT sahaja nama Dr Nur Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengagumi pencapaian anak tempatan ini dalam bidang perubatan.

Terbaharu, Dr Amalina sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Perkara itu dikongsikan Dr Amalina sendiri menerusi akaun Twitternya.

Sebelum ini, Dr Amalina pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom.

Beliau juga tidak terlepas dilanda kontroversi apabila lantang menyuarakan pendapat berkait bidang perubatan.

BACA: 'Jangan obses ambil jalan mudah', Amalina kongsi tip kekal sihat

Justeru, Dr Amalina mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada laman sosial untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam latihan pakar pembedahan umum dan akan meneruskan pengajian Doktor Falsafah (PhD).

Dr Amalina turut berpendapat bahawa sifat negatif dan kebencian dalam diri seseorang itu perlu dihentikan.



Tag: Dr Nur Amalina Che Bakri, perubatan, Darzi Academic Clinical Fellowship, Imperial College London, media sosial


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.