awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taja pasukan Kelantan: 'Doakan kami ada jodoh' - Datuk Seri Vida

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/12/2015
01:23 MYT
Taja pasukan Kelantan: 'Doakan kami ada jodoh' - Datuk Seri Vida
Kerjasama antara Datuk Seri Vida dan KAFA masih di peringkat perbincangan. - Foto sumber Instagram
BEBERAPA hari lepas, Astro AWANI ada melaporkan tentang bagaimana penyokong bola sepak Kelantan menyarankan agar ahli perniagaan, Datuk Seri Vida, melakukan sesuatu untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi pasukan tersebut.
Mungkin tergerak hati dengan pujukan rakyat Kelantan, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman semalam memuat naik gambar dan video bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, di akaun Instagram miliknya.
Salam sayangg semua... Meeting meetingg.. Tengoklah...apa yg terbaik saya bole Contribute ....TRW..Klantan.. Apa yg pasti...kena ada Pamoga Qu Puteh.. Walau di mana... Muahh muahh.
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Dec 26, 2015 at 7:36am PST
Apakah tujuan saya bertemu Tan Seri Anuar Musa??? Apa yang nak dibincangkan nie.... Pamoga Qu Puteh bertemu Tan Sri Anuar Musa
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Dec 26, 2015 at 7:40am PST
Berdiskusi.... Persetujuan dan kesepakatan dicari... Jika ada jodoh bersama TRW..KAFA.. Insyaallah... Pertemuan dah banyak kali beberapa tahun lepas... Apapun kesepakatan dan macam cara di cari... Muahh muahh mmuahhh...
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Dec 26, 2015 at 7:48am PST
Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan juga turut memuat naik gambar yang sama.
ALHAMDULILLAH. Sama-sama kita doakan. Semoga ada persetujuan sepakat dan yang terbaik untuk TRW dan @datoserivida . . Terima kasih in advance kepada @datoserivida . Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh. . Muahh muahh. #Repost @datoserivida with @repostapp. ・・・ Salam sayangg semua... Meeting meetingg.. Tengoklah...apa yg terbaik saya bole Contribute ....TRW..Klantan.. Apa yg pasti...kena ada Pamoga Qu Puteh.. Walau di mana... Muahh muahh.
A photo posted by TRWFC (@trwfc_official) on
Dec 26, 2015 at 8:20am PST
Menerusi kapsyen pada gambar-gambar tersebut, boleh disimpulkan bahawa adanya usaha untuk menjalinkan 'ikatan' antara Datuk Seri Vida dan KAFA, berkemungkinan dari segi bentuk penajaan kepada pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.
Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan, sebaliknya pengasas Vida Beauty Sdn.Bhd itu meminta agar orang ramai mendoakan agar kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat, sekali gus merealisasikan apa yang dirancang.
Isu pengurusan kewangan dan gaji pemain antara yang menjadi kontroversi dalam pasukan Kelantan sepanjang musim 2015, dan ia dikatakan menjadi punca penurunan prestasi pasukan yang pernah digelar gergasi dalam arena bola sepak tanah air itu.
Kejayaan Datuk Seri Vida, yang merupakan anak kelahiran Kelantan, menaja beberapa program hiburan mencetuskan idea dalam kalangan penyokong TRW agar beliau membantu bekas juara treble 2012 itu agar mampu kembali memberi saingan pada musim hadapan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Gegar Vaganza
#Kelantan
#Qu Puteh
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan