MASIH ada segelintir masyarakat yang takut untuk keluar rumah dan kembali kepada kehidupan normal seperti pra COVID-19.

Begitu juga dengan golongan yang memerlukan konsultasi atau rawatan tertentu, tetapi sudah sekian lama tidak hadir ke hospital kerana takut dijangkiti virus korona.

Dengan teknologi telemedicine atau teleperubatan yang wujud dalam zaman ini, orang ramai tidak lagi perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor.

“Dunia kini sudah berubah, begitu juga dengan sistem kesihatan yang dilihat semakin beranjak ke arah sistem kesihatan digitalisasi atau telemedicine.

“DoctorTouch merupakan aplikasi yang membolehkan doktor berjumpa dengan pesakit di alam maya, iaitu pesakit boleh bertanyakan soalan berkaitan gejala COVID-19 kepada doktor tanpa bersemuka,” kata Dr Thomas Khor, Pengarah Urusan DoctorTouch dalam temu bual ekslusif bersama Rancak TV, pada Rabu.

Tambah Khor, aplikasi ini juga membolehkan pesakit kronik menempah pertemuan khas dengan doktor di hospital atau klinik, selain menawarkan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan ke rumah pesakit dimana para doktor di dalam talian mempreskripsikan ubat tertentu bagi setiap pesakit.


Telemedicine merupakan kaedah memantau pesakit tanpa pesakit dan penjaga berada bersama secara fizikal yang sah dibawah Akta Kemudahalihan dan Akauntabiliti Insurans (HIPAA).