awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark perkukuh kehadiran tentera di Greenland, tekankan peranan NATO dalam keselamatan Artik
Tiga beranak maut dalam kemalangan di Kulim
Zon ketenteraan sementara diwujudkan di ibu negara Greenland susulan ancaman AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikan 'pekan kucing' Yanaka

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/09/2019
02:30 MYT
Tarikan 'pekan kucing' Yanaka
Yanaka terkenal bukan sahaja kerana pesona sejarahnya, tetapi juga kerana populasi kucing jalanannya. - Old Tokyo
YANAKA, sebuah pekan kecil di Tokyo, Jepun terkenal bukan sahaja kerana pesona sejarahnya, tetapi juga kerana populasi kucing jalanannya.
Tidak dapat dipastikan mengapa kucing-kucing liar memenuhi bandar ini. Satu tanggapan popular ialah kucing-kucing ini gemar dengan kepadatan binaan bangunan-bangunannya.
Namun, kehadiran kucing-kucing jalanan disambut baik oleh penduduk tempatan sehingga mereka meletakkan imej kucing pada bendera rasmi mereka.
Yanaka Cemetery
Yanaka Cemetery tempat 'lepak' kucing-kucing jalanan di pekan ini.
Yanaka Cemetery tempat 'lepak' kucing-kucing jalanan di pekan ini.
Lokasi di mana kucing-kucing tersebut gemar pergi untuk mencari makanan.
Yanaka Cemetery merupakan tempat terbaik untuk bertemu kucing-kucing ini kerana kawasan hutannya yang luas itu redup dan dan tidak panas.
Maneki-ya
Nikmati makanan ala wafel, Taiyaki, di sini.
Nikmati makanan ala wafel, Taiyaki, di sini.
Tempat untuk anda menikmati Taiyaki.
Taiyaki sejenis makanan yang menyerupai wafel manis yang diperbuat daripada kacang adzuki. Di tempat lain ia dibuat dalam bentuk ikan, tetapi kedai Taiyaki ini membentuk Taiyaki kepada bentuk watak kucing bertuah Jepun, maneki-neko.
The Asakura Museum of Sculpture
Muzium ini syurga bagi penggemar koleksi klasik.
Muzium ini syurga bagi penggemar koleksi klasik.
Kawasan ini merupakan lokasi bagi banyak kedai kraftangan artisan dan perniagaan keluarga, petanda tradisi lama masih hidup subur di Yanaka.
Struktur antik dan suasana zaman dahulu juga menjadikan kawasan itu sebagai pusat kebudayaan yang sempurna dari segi galeri seni, muzium dan tapak bersejarah.
Scai the Bathhouse
Sebuah bathhouse yang diubah suai menjadi galeri seni.
Sebuah bathhouse yang diubah suai menjadi galeri seni.
Sekali pandang, Scai the Bathhouse mungkin kelihatan seperti sento tradisional Jepun, tetapi jangan tertipu.
Ia telah diubah menjadi galeri seni kontemporari.
Pameran bersilih ganti memberi tumpuan kepada artis Jepun, namun pereka inovasi terkenal di peringkat antarabangsa juga diberi peluang untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
Mahu mengembara ke banyak lagi tempat-tempat menarik? Lawati www.etravelfair.com.my untuk maklumat lanjut!

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej percutian menarik, layari etravelfair.com.my. Jangan lupa untuk menyertai peraduan 'Jom Menang Cuti' di Instagram Astro Gempak!
Topic Berkaitan
#Jepun
#kucing jalanan
#Maneki-ya
#Scai the Bathhouse
#The Asakura Museum of Sculpture
#Tokyo
#Yanaka
#Yanaka Cemetery
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan