BAGI yang pernah menuntut di universiti awam, pastinya pelbagai kenangan terlintas di fikiran anda tidak kira manis atau pahit.

Kehidupan ketika sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam di negara ini mungkin sedikit berbeza dengan mereka yang melanjutkan pelajaran di universiti swasta.

Apatah lagi jika anda menetap di kawasan kampus atau kolej yang disediakan.

Rindu sewaktu zaman belajar? Jom ‘recap’ perisitiwa yang mungkin berlaku di kebanyakan universiti awam.

1) Kehidupan di kolej

Masihkah anda ingat kehidupan di kolej yang riuh itu? Walaupun dalam bilik yang sempit, berkumpul beramai-ramai itu antara kenangan yang paling tidak dilupakan.

Tidak kira untuk makan, menonton filem, mengulang kaji pelajaran ataupun bergosip, sekiranya ia dilakukan dalam keadaan beramai-ramai pastinya ia lebih meriah!

Apatah lagi jika anda merupakan ahli jawatankuasa kolej.

Tidak kira untuk makan, menonton filem, mengulang kaji pelajaran ataupun bergosip, sekiranya ia dilakukan dalam keadaan beramai-ramai pastinya ia lebih meriah!

2) ‘Cop’ tandas

Ketika menetap di kolej, pemilihan tandas itu mungkin perkara utama bagi sesetengah orang.

Jika sudah ‘melekat’ pada satu tandas, pasti tandas itu sahaja yang sering digunakan. Tetapi, perlu cepat terima hakikat bahawa orang lain juga mahu menggunakan tandas yang sama.

Walau apapun, tandas kegemaran itu yang sering berada di tangga teratas dalam senarai pilihan anda!

Jadi, anda cepat-cepat ‘cop’ tandas kegemaran itu!

3) Masak menggunakan periuk nasi

Ya, kebanyakan kolej tidak membenarkan untuk pelajar membawa peralatan elektrik yang menggunakan voltan yang tinggi.

Tetapi, pasti ada yang ‘curi-curi’ bawa periuk nasi kan?

Apa yang lebih mengujakan adalah, apabila kita dapat tahu ada antara rakan kita yang membawa periuk nasi, semua akan turut serta dan memasak.

Pelbagai menu yang dimasak dan antara yang paling popular adalah mi segera, sup, telur rebus dan macam-macam lagi yang terjangkau kreativiti.

4) Pemeriksaan mengejut

Ketika pemeriksaan mengejut, mereka yang membawa peralatan elektrik yang dilarang itu akan mencari tempat untuk mereka menyorokkannya.

Keadaan mengejut ini biasanya memerlukan kerjasama ramai pihak untuk mencari tempat menyorokkan barangan terlarang ini.

5) Lebih senang menggunakan bas

Walaupun anda membawa kenderaan ketika menetap di kolej, mungkin ada yang berpendapat menggunakan bas yang disediakan untuk ke kelas dan sebagainya lebih memudahkan.

Walaupun terpaksa menunggu bas berjam-jam, ada yang lebih rela naik bas daripada mencari kawasan parkir yang terhad.

Walaupun terpaksa menunggu bas berjam-jam, ada yang lebih rela naik bas daripada mencari kawasan parkir yang terhad.

6) Laluan bas yang mengelirukan

Tetapi, untuk menggunakan bas anda perlu mempelajari laluan yang akan digunakan. Bukan semua bas menggunakan jalan yang sama.

Pernah tak anda tersilap bas sehingga menyebabkan anda terlambat ke kelas?

7) Pilihan raya kampus

Sejak dari zaman universiti anda sudah dengan bermacam-macam manifesto. Sama ada rajin atau tidak sahaja untuk pergi mengundi.

Tetapi jika difikirkan balik, mereka yang terlibat dalam pilihan raya kampus memberi inspirasi apatah lagi ketika itu sibuk belajar dan tetap mempunyai masa untuk menjaga hal ehwal pelajar lain.