awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tongkat pintar umpama 'Waze' untuk orang buta

Anthea Yap
Anthea Yap
30/12/2017
00:00 MYT
Tongkat pintar umpama 'Waze' untuk orang buta
Daniel (tiga, kanan) sedang menunjukkan cara untuk menggunakan 'Bawa Cane. - Gambar Daniel Vong
Halangan atas paras lutut kini tidak menjadi masalah bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan dengan penggunaan tongkat pintar.
Tongkat pintar yang diberi nama Bawa Cane direka oleh Daniel Vong, 24 tahun, seorang jurutera muda berasal dari Kuching, Sarawak.
Daniel bersama adiknya, Stella terdorong mencipta Bawa Cane kerana mahu membantu mendiang nenek mereka yang hilang daya penglihatan yang berpunca dari glaukoma dan tekanan darah tinggi pada tahun Mei 2015.
Menurut Vong, tongkat tradisional yang pernah digunakan oleh nenek mereka tidak mampu mengesan halangan atas paras lutut yang menimbulkan pelbagai masalah.
Daniel Vong
Bawa Cane dilengkapi perkakasan yang mampu membatu orang buta berjalan di jalan yang mempunyai pelbagai halangan. - Gambar Daniel Vong
Bawa Cane dilengkapkan pengesan berasaskan teknologi Internet of Things (IOT) atau objek rangkaian Internet yang menggunakan telefon pintar sebagai alat pengantara dan pengesan isyarat.
"Bawa Cane merupakan peralatan IOT yang memaparkan hardware istimewa yang dipasang pada tongkat putih yang sedia ada untuk mengesan persekitaran," kata Vong.
Penggunaannya mudah, pengguna hanya perlu menghidupkan perkakasan di tongkat untuk ia mula berfungsi.
"Ciptaan ini boleh dihubungkan terus ke telefon bimbit dan jam pintar setiap pengguna," kata Vong.
Menurut Vong yang mendapat bantuan adiknya, Stella untuk ciptaan tersebut turut berkata, pengguna tidak perlu bimbang tentang haluan mereka di tempat baharu kerana Bawa Cane dilengkapi dengan perisian Big Daya Analytics (BDA) yang dapat membantu mereka berdepan halangan di sepanjang laluan mereka.
Setakat ini, Bawa Cane sudah mula mendapat perhatian pengedar antarabangsa termasuk Jerman, Hong Kong dan Singapura.
Usaha juga sedang dijalankan untuk penglibatan syarikat korporat untuk menggerakkan pengeluaran secara besar-besaran.
Bawa Cane dijual pada harga AS$699 (RM2,800).
"Kami sedang berusaha untuk mencari syarikat korporat yang berminat dalam misi yang sama dan ingin melakukan CSR dengan kerjasama daripada mereka. Kami akan dapat menurunkan harga Bawa Cane jika mereka dapat menaja Bawa Cane untuk mereka yang memerlukannya," kata Vong.
Produk Bawa Cane yang telah didaftar dan menerima hak milik paten pada tahun 2016 kini terpilih menyertai program syarikat permulaan khusus atau startup untuk industri melibatkan IOT dan Fintech di Pualu Pinang.
Topic Berkaitan
#Bawa Cane
#Daniel Vong
#fintech
#Hong Kong
#IOT
#Jerman
#Kuching
#orang buta
#Singapura
#Stella Vong
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan