awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trend pelitup muka: Rakyat Malaysia, Indonesia pilih cara selamat namun bergaya

Agensi
Agensi
26/06/2020
12:04 MYT
Trend pelitup muka: Rakyat Malaysia, Indonesia pilih cara selamat namun bergaya
Rakyat Malaysia dan Indonesia memilih jalans elamat namun bergaya dengan pilihan pelitup muka mereka. - Reuters
PELITUP muka bukan sahaja menjadi pelindung daripada jangkitan COVID-19, tetapi kini menjadi satu trend aksesori di Malaysia dan Indonesia.
Situsi pandemik global yang masih tiada tanda akan reda membuatkan ramai ahli perniagaan tempatan tampil kreatif sekali gus menghasilkan produk pelitup muka berdasarkan kepelbagaian permintaan pengguna.
“Apabila orang melihat kita, mereka akan tertanya-tanya mengapa kita tertawa dan tersenyum,” kata seorang pembeli, Heni Kusmijati di Indonesia, lapor Reuters.
Di Negara Garuda itu, penjualan pelitup muka lucu semakin meningkat sehingga ada pembeli yang membuat tempahan khas iaitu mencetak muka mereka sendiri di atas kain daripada bahan neoprena yang boleh diguna semula.
Peniaga ini menjual pelitup muka bercetak di pasar di Jakarta, Indonesia. - Reuters
Peniaga ini menjual pelitup muka bercetak di pasar di Jakarta, Indonesia. - Reuters
Dalam pada itu, banyak pengusaha kedai cetak di Jakarta turut menjadikan pelitup muka sebagai produk terbaharu selepas perniagaan mereka terkesan teruk akibat COVID-19.
Menurut seorang pengusaha, Nicholas Septian Sugandi, pelanggannya boleh menempah produk secara dalam talian dengan memuat naik gambar muka mereka untuk proses cetakan.
Pelitup muka mengambil masa 30 minit untuk dihasilkan dengan setiap satu berharga 50,000 Rupiah (sekitar RM15), dan menerusi jualannya telah membantu perniagaan Nicholas terus bertahan.
“Pada mulanya kami tidak yakin dengan produk ini, tetapi selepas itu penjualan meningkat dengan mendadak,” kata Nicholas.
Pelitup muka dengan motif batik ini menjadi trend yang digemari di Malaysia. - Reuters
Pelitup muka dengan motif batik ini menjadi trend yang digemari di Malaysia. - Reuters
Sementara itu di Malaysia, pelitup muka dengan corak batik mula mendapat tempat di hati orang ramai, meskipun negara itu tidak menetapkan pemakaian pelitup muka sebagai mandatori.
Pereka tekstil, Hafiz Drahman turut mengambil peluang ini untuk mengeluarkan produk pelitup muka unik daripada material kain kapas lembut yang juga mempunyai saku khusus untuk memasukkan lapisan penyaring tambahan.
“Saya melihat ini sebagai satu peluang untuk saya menghasilkan pelitup muka dengan menggunakan batik, kerana kami disarankan memakainya untuk keselamatan peribadi," kata Hafiz.
Kes kumulatif positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,606 dan 121 kematian manakala di Indonesia mencecah 51,427 positif dan 2,683 kematian.
Topic Berkaitan
#batik
#Cetak
#fesyen
#Indonesia
#koronavirus
#Lucu
#Malaysia
#Muka
#pandemik
#pelitup muka
#pereka fesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan