awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian

Gempak
Gempak
21/08/2019
02:30 MYT
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Nama baru ini ditukarkan hanya di cawangan McDonalds Bukit Bintang sahaja yang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia. - Astro GEMPAK
RESTORAN makanan segera popular, McDonald’s meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dengan menukar nama restoran mereka.
Sering dipanggil menerusi nama pendek ‘McD’, Mcdonald’s Malaysia mengambil inisiatif jiwa Malaysia dengan menggunakan nama ‘Mekdi’.
Memetik laporan New Straits Times (NST), selama 37 tahun makanan segera ini bertapak di tanah air, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus.
“Jadi, kami berhasrat untuk menukar nama jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia,” kata Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai kepada NST.
Nama baru ini ditukarkan hanya di cawangan McDonald’s Bukit Bintang sahaja yang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.
Di laman sosial, netizen turut sama memuji usaha jenama ini dalam menyuntik elemen lokal dalam kempen kemerdekaan kali ini.
“Bagus utamakan citarasa tempatan dalam kita menyambut bulan kemerdekaan 31 Ogos ini,” komen seorang netizen.
“I just went and shocked like this can’t be real, lmao. but it is, that’s how we roll it,” puji seorang netizen.
“Ala tukar je lah terus. Negara lain okay je tukar ikut sebutan diorang huhuhuhu,” cadang seorang netizen.
“Kepsi mana?” tanya seorang netizen kepada pesaing rapat Mekdi.
Seiring dengan bulan kemerdekaan juga, Mekdi turut memperkenalkan menu Nasi Lemak yang merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#31 Ogos
#bulan Kemerdekaan
#cawangan Bukit Bintang
#citarasa tempatan
#jenama
#jiwa Malaysia
#makanan segera
#McDonald s
#Mekdi
#Melati Abdul Hai
#restoran
#tukar nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan