Mungkin ia kelihatan seperti satu pekerjaan yang remeh, namun apa yang dilakukan seorang remaja dengan menyusun selipar para jemaah disebuah masjid mendapat pujian ramai.

Ia kini turut menjadi viral di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 18 saat itu dimuat naik oleh pelakon terkenal Mustapha Kamal di laman Facebook beliau.

Menurut kapsyen yang disertakan, insiden itu berlaku di Masjid Al-Sharif Gombak pada Sabtu lepas, jam 9.15 malam.

“Inilah remaja yang sering susun kasut para jemaah. Indeks pencapaian nilai Islam akan meningkat walaupun sedikit dengan sikap yang ditunjukkan oleh remaja ini.

“Syabas,” kongsi pelakon itu di Facebook.


Setakat ini video berkenaan berjaya mencatat lebih dari 80,000 tontonan dan menerima 8,200 'Likes'.

Netizen turut memuji sikap prihatin yang dipamerkan oleh remaja berkenaan.

Komen-komen di laman Facebook milik Mustapha Kamal