SEORANG wanita yang menjadi sebutan netizen baru-baru ini, gara-gara videonya menyerang suaminya yang sedang bersanding, sah diceraikan talak tiga semalam.

Bagaimanapun, menerusi status yang dimuat naik ke akaun Facebook, wanita itu menyatakan tidak kesal dengan apa yang terjadi.

Sebaliknya, dia bersyukur kerana penderitaan yang ditanggungnya selama ini akhirnya tamat.

Status yang dimuat naik Ayu ke akaun Facebook miliknya.

Katanya, apa yang dilakukan di majlis perkahwinan bekas suaminya itu dibuat atas dasar berani kerana benar, selain mahu mencari keadilan untuk diri sendiri.

Harian Metro Online melaporkan wanita yang dikenali sebagai Ayu itu mengakui agak sedih dengan perceraian itu, namun dia tetap redha.

Menurut laporan tersebut, bekas suami Ayu melafazkan cerai di hadapan Hakim Syari'e, Husaini Roslin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Selasa.

Ayu dan bekas suaminya berkahwin pada April 2013.

Video Ayu 'menyerang' majlis persandingan bekas suaminya viral sekitar awal Februari lalu.