awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warna hitam-putih menjadi keunikan spesis Tapir Malaya

Sathesh Raj
Sathesh Raj
06/12/2015
00:10 MYT
Warna hitam-putih menjadi keunikan spesis Tapir Malaya
Penolong Penyelia Zoo Negara, Hamdan Hamid berkata, spesis Tapir Malaya unik berbanding spesis tapir lain disebabkan oleh blok warna pada badannya. - Foto Astro AWANI/Sathesh Raj
Tapir Malaya merupakan satu daripada lima spesis tapir terancam di dunia.
Dua warna berbeza pada tubuh badan Tapir Malaya iaitu hitam dan putih merupakan ciri istimewa khusus kepada tapir spesis ini yang hanya boleh ditemui di benua Asia.
Penolong Penyelia Zoo Negara, Hamdan Hamid berkata, spesis Tapir Malaya unik berbanding spesis tapir lain disebabkan oleh blok warna pada badannya.
"Uniknya tapir ini di dunia ada lima spesis, tetapi di Asia kita ada Tapir Malaya, dan uniknya dia,muncung hidung dan warna pada badannya iaitu hitam dan putih sahaja," kata Hamdan.
Spesis tapir yang mempunyai muncung hidung yang unik menggunakan keunikan itu sebagai kelebihan untuk mengutip daun ketika mencari makanan selain berfungsi sebagai sistem pernafasan ketika berenang.
Pada Jumaat sepasang Tapir Malaya dihantar ke Jepun yang dipinjamkan untuk tempoh 10 tahun sebagai matlamat simbolik tanda menghargai hubungan erat Kuala Lumpur-Tokyo.
Selebihnya, ia bertujuan meningkatkan kerjasama dalam memulihara spesis mamalia herbivor yang terancam ini.
Topic Berkaitan
#Hamdan Hamid
#tapir Malaya
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan