awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aiskrim pasu, aiskrim lesung batu, aiskrim buluh & aiskrim congkak!

Adli Effendy
Adli Effendy
01/03/2015
12:14 MYT
Aiskrim pasu, aiskrim lesung batu, aiskrim buluh & aiskrim congkak!
Perkongsian foto & selfie yang diambil bersama aiskrim pasu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk mencubanya sendiri.
Bersesuaian dengan keadaan cuaca panas yang melanda Malaysia kini, timbul beberapa produk pencuci mulut yang diinovasikan sesuai dengan situasi semasa.
Aiskrimpasusek7 tiba di Ampang memeriahkan majlis hari jadi pic.twitter.com/G5CoDxvC0G
— aiskrimpasu (@sek7shahalam) March 1, 2015
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, aiskrim pasu mula menjadi perhatian di media sosial. Perkongsian foto dan selfie yang diambil bersama aiskrim pasu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk mencuba sendiri pencuci mulut itu. Bagi yang pernah mencubanya, mereka mendapati tiada rahsia dalam resipi pembikinan aiskrim pasu. Tetapi tarikan utama adalah pada saiz pasu dan kreativiti dekorasinya.
Izzah Esa, 33 tahun dari Kota Tinggi mempromosikan aiskrim pasu melalui facebook.com/aiskrimpasu.
Izzah Esa, 33 tahun dari Kota Tinggi mempromosikan aiskrim pasu melalui facebook.com/aiskrimpasu.
Izzah Esa, 33 tahun dari Kota Tinggi mempromosikan aiskrim pasu melalui facebook.com/aiskrimpasu. Dia bersama rakan karibnya telah memulakan perniagaan menjual aiskrim pasu sejak November 2014 lagi. Bagi memastikan produknya lain daripada yang lain, Izzah membuat sendiri coklat yang digunakan pada hiasan aiskrim disamping pasu besar bersaiz XL dengan diameter 12 sm. Idea menghasilkan aiskrim pasu mula timbul ketika membuat dekorasi masakan untuk ibunya yang gemar menyertai pertandingan memasak.
Tahu pasal ni tapi jgn riso kami memang tak ltak penuh dan kene pada pasu dan memang ltak cover tuk lapik pasu tu pic.twitter.com/J9wDr3XTsF
— aiskrimpasu (@sek7shahalam) February 16, 2015
Oleh kerana aiskrim pasu mulai popular, timbul isu tentang kebersihan bekas pasu yang digunakan oleh para peniaga. Bagi Izzah, untuk memastikan produknya bersih & selamat, dia menggunakan bekas jenis bebas BPA bagi mengelakkan sebarang bentuk pencemaran makanan.
Ya Allah tercemar jugak diri ni dengan aiskrim pasu pic.twitter.com/9uZMxa0woa
— (@Enanasss) February 20, 2015
Harga pencuci mulut itu biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim pasu. Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.
Dulu aiskrim pasu trending. Pastu aiskrim lesung lah aiskrim buluh lah. Latest ni pulak aiskrim congkak. Apakah ? pic.twitter.com/q06wPeMlww
— BRAT | melaka (@syizot) March 1, 2015
Topic Berkaitan
#aiskrim
#aiskrim pasu
#Facebook
#pencuci mulut
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan