awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Malaysia digodam?

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
14/04/2015
04:38 MYT
Google Malaysia digodam?
Laman sesawang Google Malaysia dilaporkan telah digodam oleh sekitar jam 9.55 pagi tadi.
Laman sesawang Google Malaysia hari ini dipercayai telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.
Insiden itu turut dikesan oleh Astro AWANI sekitar jam 9.55 pagi tadi dan sehingga laporan ini ditulis, masalah yang sama masih berlaku.
Akses terhadap laman utama enjin pencarian popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera perkataan Hacked dipaparkan.
Pihak yang dipercayai di sebalik penggodaman tersebut turut meletakkan satu hashtag #Bangladeshi HackeR.
Ketika dihubungi Astro AWANI, jurucakap Google Malaysia, Zeffri Yusof menafikan dakwaan godaman tersebut tetapi berhadapan masalah dengan pihak DNS dan pihaknya sedang menyiasat mengenai kejadian terbabit.
Susulan itu juga, Google Malaysia mengeluarkan satu kenyataan rasmi – “Kami sedar bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah melayari google.com.my, atau telah diarahkan ke laman web yang berbeza. Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas. Kami sedang berhubung dengan organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan nama domain dan berharap untuk menyelesaikan isu ini. "
Ini bukanlah kali pertama kejadian yang sama berlaku. Pada tahun 2013, percubaan godaman yang seakan sama turut berlaku kepada laman Google Malaysia.
Sementara itu laman Twitter dipenuhi reaksi dari para pengamal media sosial yang berdepan masalah tersebut.
google msia hack 3
google msia hack 3
google msia hack 4
google msia hack 4
Sesetengah pengguna Twitter merasakan bahawa godaman terhadap laman Google Malaysia ini sebagai lucu.
google msia hack 1
google msia hack 1
google msia hack 2
google msia hack 2
Topic Berkaitan
#godam
#Google
#Google Malaysia
#hack
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan