awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dikeji pengguna media sosial

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2014
02:29 MYT
Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dikeji pengguna media sosial
Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dikeji pengguna media sosial
Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial pada Selasa.
Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.
Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.
Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.
Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.
Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam.
Antara komen-komen pengguna Twitter termasuk,
Pelik betul cik kak ni mengamuk sbb kete calar sikit. Lagi pelik sebenarnya pakcik tu boleh bersabar dgn perempuan mcm tu.
— Ratu Omplok (@fatehahnuraini) July 15, 2014
Mungkin harga lesen yang naik menjadi 2k dapat membendung gejala perempuan terlajak mengamuk kereta kena langgar.
— Syafikah Kunhamoo (@Syfkh) July 15, 2014
Cilakak perempuan pakai tudung puasa puasa ni pergi mengamuk kat pakcik Cina. Apalah sangat Peugeot kau tu nak dibandingkan dengan respect.
— GERRORA♡ (@FarahAuroraArfa) July 15, 2014
Aku dah tengok video perempuan mengamuk sebab kereta dia dilanggar di tempat parking. Real gile! Dia pegang kunci stereng sambil jerit.
— zezett (@ro_zett) July 15, 2014
Perempuan yang mengamuk pasal kereta tu dia tahu tak cerita dia sedang merebak di twitter?
— Kirana Awak (@ARJUNAmaiyo) July 15, 2014
baidapnya perempuan yang mengamuk kereta kena langgar ni
— NFARHANA (@faridfarhana) July 15, 2014
Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dah makin viral. Kena sikit je, marah macam orang takde agama.
— taufiqahmad (@taufiqahmad_MY) July 15, 2014
Video perempuan mengamuk tu macam orang tak puasa. Hormat mana?
— _tira (@atirawahid) July 15, 2014
Pada pandangan penulis, lelaki yang melanggar kereta perempuan itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan, namun tindakan perempuan itu menggunakan pengunci stereng untuk mengetuk kereta lelaki itu adalah satu perlakuan agresif di luar batas kemanusiaan. Ia sepatutnya tidak perlu berlaku.
Kongsi pandangan anda?
Topic Berkaitan
#Kuantan
#media sosial
#perempuan mengamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan