Hasil usaha kolektif anak muda dengan label muzik masing-masing, kumpulan hardcore dari Kanada, Comeback Kid sekali lagi kembali ke Kuala Lumpur 26 Januari ini.

Comeback Kid terkenal lagu yang membawakan mesej positif dan memperkasakan suara anak muda di seluruh dunia menerusi muzik dan media sosial.

Tekad mengubah dan meningkatkan kesedaran terhadap masalah sosial membolehkan muzik genre ‘hardcore’ dan punk kekal relevan walaupun tidak diterima masyarakat umum.

Kini Trending akan membincangkan hala tuju anak muda dan aktivis sosial dalam muzik sepanjang minggu ini sempena kunjungan Comeback Kid ke Malaysia setiap hari 8:15 malam di Astro AWANI.

Comeback Kid (CBK) dari Kanada ditubuhkan pada 2002 dan berada dibawah naugan Victory Records.

CBK akan membuat persembahan di OVO Live Bistro @ Damansara Up Town, Petaling Jaya pada 26 Januari ini.

Kali pertama CBK membuat persembahan di Malaysia ialah pada 26 April 2008 @Zouk KL dan dihadiri lebih 3000 peminat hardcore.