APABILA lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbunuh dalam operasi menangani pencerobohan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu minggu lalu, episod pencerobohan itu ibaratnya sebuah kereta yang terbabas gaung — tiada jalan undur dan patah balik.
Kemuncaknya ialah operasi gempur bersama oleh PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia ke atas kubu persembunyian kumpulan itu di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu yang dilancarkan pada pagi Selasa, 5 Mac lalu.
Tiga hari selepas digempur, waris Kesultanan Sulu yang mengangkat dirinya sebagai Sultan, Jamalul Kiram III mengisytiharkan gencatan senjata. Dalam kenyataan melalui jurucakapnya, beliau turut menyeru pasukan keselamatan Malaysia menghentikan serangan. Permintaan itu ditolak. Mesej Malaysia yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mesej sama sebelum ini — serah diri dan letak senjata.
Tetapi setelah semuanya selesai nanti, masih ada suatu perkara mustahak yang tetap tinggal dan perlu diselesaikan, setidak-tidaknya oleh Filipina — isu kedaulatan dan pemilikan ke atas wilayah yang hari ini kita kenali sebagai Sabah. Wilayah itu dicatatkan dalam dokumen sejarah terletak di antara "Sungai Pandasan di pantai barat laut dan meluas sepanjang seluruh pantai timur hingga ke Sungai Sibuku di Selatan." Secara kasarnya, wilayah itu terletak di antara Kota Belud sampai ke Tawau.
Isu kedaulatan dan pemilikan ke atas wilayah yang hari ini kita kenali sebagai Sabah itu bukan satu isu baru. Ia isu yang selama ini membayangi hubungan Malaysia dan Filipina biarpun pemimpin kedua-dua negara silih berganti. Hakikatnya, isu itu masih lagi menghantui hubungan dua hala antara kedua-dua negara selama lebih 50 tahun.
Soalnya, sampai bila?
Itulah soalan yang harus dijawab oleh Filipina. Kerajaan Filipina berhutang kepada Malaysia satu jawapan yang jujur dan muktamad mengenai pendiriannya terhadap soal tuntutannya ke atas Sabah mendarat di Lahad Datu.
Tergantung
Ia tidak boleh membiarkan isu berkenaan tergantung kerana — seperti yang kita lihat sekarang — isu tuntutan kedaulatan tersebut serta soal pemilikan waris Kesultanan Sulu ke atas sebahagian daripada Sabah itu sebenarnya adalah bom jangka yang boleh menjejaskan hubungan erat dua negara berjiran dan semangat berpakat dalam ASEAN.
Bom jangka itu meledak tiga minggu lalu sejak kumpulan pengikut waris kesultanan itu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.
Filipina harus sedar bahawa pendirian Malaysia tegas dan jelas serta tidak pernah berganjak. Pendirian itu sudah dinyatakan sejak rundingan di Bangkok antara pertengahan Jun hingga Julai 1968 — rundingan yang cukup melukakan perasaan Malaysia. Bacalah ucapan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Tun Abdul Razak yang dibuat di Dewan Rakyat pada 21 Ogos 1968 dan kita akan tahu betapa sulitnya (atau betapa sengaja disulitkan) rundingan itu.
Pendirian itu juga diulangi oleh Malaysia ketika Filipina mahu mencelah dalam kes kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan. Kenyataan Tan Sri Abdul Kadir Mohamed yang mengetuai pasukan peguam Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Jun 2001 adalah rumusan pendirian Malaysia dari dulu sampai sekarang: "Masa depan rakyat Sabah tidak boleh dijual beli."
Status Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Malaysia yang berdaulat adalah berasaskan kepada kedudukan undang-undang sejak 1878 dan diperkukuhkan oleh keputusan Suruhanjaya Cobbold semasa pembentukan Malaysia yang kemudian disahkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Kalau Filipina terlupa, biarlah kita mengingatkan mereka. Pada tahun 2001, semasa melakukan lawatan kerja ke Kuala Lumpur, Presiden Filipina ketika itu, Gloria Macapagal Aroyyo mengumumkan beliau akan menubuhkan sebuah panel khas bagi mengkaji dengan lebih lanjut soal tuntutan itu. Ia sebagai langkah awal ke arah mencari penyelesaian kepada isu yang sudah berpanjangan.
Penyelesaian
Pada pertemuan dengan beberapa orang wartawan yang saya juga ikut serta, Aroyyo ditanya apakah kenyataannya itu membawa maksud bahawa Filipina akan menggugurkan tuntutan terhadap Sabah. Beliau menjawab, belum sedia untuk membuat apa-apa kenyataan yang membawa maksud sedemikian. Katanya, beliau perlu mendapatkan maklum balas daripada rakyat.
"Penyelesaian isu ini memerlukan masa yang panjang dan kajian yang mendalam," katanya.
Presiden yang mentadbir Filipina sebelum era Aroyyo pun berdepan hal yang sama dan setiap seorang Presiden itu pernah membuat kenyataan yang menggambarkan dasar atau pendirian negara itu berhubung isu berkenaan.
Ferdinand Marcos misalnya pernah mengumumkan (tentunya dengan yakin, atau jika tidak, tentulah dia menipu) bahawa Filipina akan menggugurkan tuntutan ke atas kedaulatan Sabah. Katanya, masa depan kerjasama dalam ASEAN banyak bergantung kepada kesediaan negara-negara anggotanya menyumbang kepada badan serantau itu termasuk berkorban.
"Sebagai satu sumbangan, demi masa depan ASEAN, saya mengumumkan bahawa kerajaan Filipina akan mengambil langkah tegas menggugurkan salah satu beban ASEAN iaitu tuntutan Republik Filipina ke atas Sabah," kata Marcos.
Beliau membuat kenyataan itu semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1977.
Tetapi seperti yang ditegaskan oleh bekas Presiden Fidel Ramos dalam satu sidang media di Manila pada Khamis (semalam), Filipina tidak pernah mengabaikan tuntutan ke atas Sabah. Ia hanya diketepikan sementara kerana ada hal-hal lain yang lebih mendesak.
Surat
Ramos turut menggesa Presiden sekarang, Benigno Aquino III supaya duduk semeja dengan Jamalul Kiram III — "hanya mereka berdua, bersemuka". Ramos mahu Aquino meminta kebenaran daripada sultan itu untuk Filipina mengemukakan tuntutan ke atas Sabah terhadap Malaysia dan berikrar akan melakukannya bersungguh-sungguh.
Aquino boleh mengikut nasihat Ramos itu, tetapi untuk apa? Pentadbirannya kini pun tidak ada hubungan yang baik dengan waris Kesultanan Sulu itu selepas surat yang dikirim oleh Jamalul Kiram III beberapa hari sebelum Aquino mengangkat sumpah presiden pada 2010 hilang. Surat itu hanya ditemui beberapa hari lalu.
Surat itu ada kaitannya dengan apa yang sedang terjadi di Lahad Datu sekarang. Gagalnya pentadbiran Aquino menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Jamalul Kiram III dalam surat tersebut adalah antara punca kenapa beliau mengirimkan "tentera"nya ke Sabah.
Nasi sudah jadi bubur. Nyawa sudah terkorban. Hasrat Setiausaha Hal Ehwal Luar, Albert del Rosario yang mengaku bertanggungjawab atas hilangnya surat itu dan mahu meminta maaf, ditolak oleh waris Kesultanan Sulu. Mereka wajar marah kerana sikap acuh tidak acuh — atau kecuaian pentadbiran Manila itu — jelas menggambarkan pendirian sebenar kerajaan Filipina selepas ia mengetepikan waris Kesultanan Sulu selama lima dekad.
Untuk itu, Filipina tidak boleh terus membiarkan isu ini tergantung — membiarkan soal tuntutan ke atas Sabah terus dibangkitkan dari masa ke masa. Apatah lagi selama ini ia dibangkitkan selalunya oleh pemimpin politik terutamanya menjelang pilihan raya. Manila harus membuat keputusan dan keputusan itu hanya satu: Gugurkan tuntutan ke atas Sabah. Titik.
Noor Azam Shairi
Thu Mar 07 2013
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.