awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suka, Rela, Kawan

Hilal Azmi
Hilal Azmi
18/01/2014
10:00 MYT
Suka, Rela, Kawan
Merentasi sempadan Turki untuk tiba ke Syria bukan kisah bahagia seperti melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam - Hatyai. Segalanya penuh debar dalam melayan sikap gasar yang ditonjolkan pihak penguatkuasa di sempadan.
Rombongan tiga buah kereta dengan plat kenderaan Damsyik mengujakan malah debaran yang berdegup kencang sebelum ini mula membeku akibat cuaca yang mencecah 2 darjah celcius.
"Dia main baling-baling jer passport kita!" dengus Ustaz Taliban tatkala kami melepasi checkpoint kedua Turki sebelum memasuki Syria.
Akibat situasi politik yang kurang stabil, pengiring kami menasihatkan agar kami kekal berdoa sepanjang jalan di samping memastikan kamera sentiasa tersorok daripada pandangan pihak berkuasa.
Lebih teruk lagi apabila melalui pos kawalan tentera Free Syrian Army (FSA) dengan disambut wajah tegas dan tiada harapan untuk kompromi.
Suasana gelap, tiada lampu jalan, malah kereta yang dipandu juga tidak dibuka lampunya agar tidak dikesan pihak musuh. Maka ketakutan kembali menyelubungi di samping sentiasa berada pada mood berjaga-jaga.
Jalan yang dilalui pula dari jenis jalan di Kampung Samagagah dalam versi perjalanan 20 kilometer. Pemandangan sekeliling ialah tanah luas terbentang dan ada juga kawasan ladang tanaman pokok zaitun (olive tree).
Kami tiba di rumah pengiring dari Syria dan disambut beberapa sahabat lain dengan senyuman.
Ketika keluar dari kenderaan, kami diminta untuk mempercepatkan pergerakan kerana tidak mahu kehadiran kami disedari penduduk tempatan yang masih keliru serta kurang percaya akan kehadiran orang asing. Takut-takut kami dituduh sebagai pengintip.
"Gigih!" itu kata hati saya apabila melihat kerja yang digerakkan anak muda ini dalam usaha membangunkan semula rakyat Syria. Dengan kemudahan internet pada connection EDGE sahaja (itu pun jika bernasib baik), mereka tetap memberikan informasi terkini di kalangan sahabat sukarelawan di daerah lain.
Daripada kerja yang dilakukan, tiada kepentingan kewangan (untuk diri sendiri) diberi perhatian. Cuma semangat setiakawan serta kemahuan yang tinggi untuk membangunkan rakyat Syria dalam kesantuanan, itu yang paling saya kagumi.
Topic Berkaitan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan