Video  | Bisnes

Biji-biji: kreativiti guna semula bahan terpakai

Barangan yang sudah lama, rosak dan terbuang lazimnya dianggap sebagai sampah dan dibuang begitu sahaja. Namun dengan menggunakan kreativiti, bahan seperti kertas, botol plastik, perabot lama, malah tali pinggang keledar boleh diguna semula untuk menghasilkan produk yang mempunyai nilai dan boleh dijual.