Video  |  Bisnes

Dr Rozmey edar produk dari ibupejabat elak lanun tiruan

Penjualan produk kesihatan tiruan yang berleluasa melalui laman web mengundang risiko merbahaya kepada orang ramai khususnya pengguna. Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga April telah merampas sebanyak 113 produk kesihatan bernilai RM2.48 juta kerana tidak berdaftar atau produk palsu yang bercampur racun. Menyedari pentingnya memelihara kredibiliti produk kesihatan keluarannya, Dr Rozmey memastikan setiap penjualan produk hanya melalui ibupejabatnya di Jitra, Kedah.