Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Dunia

Analisis harga minyak menjunam akibat COVID-19

Harga minyak jatuh ke paras negatif pada Isnin akibat pandemik COVID-19 melanda dunia menyebabkan orang ramai duduk di rumah sekaligus memusnahkan permintaan untuk bahan bakar pengangkutan. Harga minyak penanda aras Amerika yang akan dihantar pada bulan mei jatuh di bawah sifar terendah dalam sejarah kerana kapasiti penyimpanan mencapai hadnya. Menurut Penganalisis Industri Minyak dengan IHS Markit, Jim Burkhard, disebabkan orang tidak keluar dan terbang ke mana-mana, bekalan minyak tambahan tidak digunakan.