Tutup

Video  | Dunia

Apa isyarat dihantar oleh pengundi Hong Kong?

Kumpulan pembangkang pro-demokrasi Hong Kong memperoleh kemenangan majoriti di sekurang-kurangnya 12 daripada 18 majlis daerah dalam pilihan raya tempatan yang berlangsung pada Ahad. Memetik The South China Morning Post, keputusan awal mendapati pro-Beijing sekadar meraih 42 kerusi berbanding calon pro-Demokrasi yang memenangi 278 kerusi. Seramai 1,104 calon bertanding untuk merebut 452 kerusi Majlis Perbandaran di 18 daerah pilihan raya. Untuk analisis ringkas apa yang berlaku di Hong Kong ini, bersama saya di talian ialah Dr Suffian Mansor, Ketua Program Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).