Video  | Dunia

AS bahaya kepada kestabilan dunia - Rouhani

Presiden Iran, Hassan Rouhani mendakwa Amerika Syarikat, AS memberikan ancaman serius kepada global dan kestabilan serantau ketika ketegangan memuncak di teluk. Jelasnya, kerajaan Amerika Syarikat sejak dua tahun lalu melanggar struktur antarabangsa dan peraturan dan menggunakan sumber ekonomi, kewangan dan ketenteraannya serta memberikan risiko serius kepada kestabilan di rantau ini dan dunia.