Tutup

Video  | Dunia

Bekas pegawai CIA dijatuhi hukuman penjara 20 tahun

Seorang bekas Pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan melakukan pengintipan terhadap Amerika Syarikat. Kevin Mallory, 62 tahun, disabitkan bersalah mengikut akta pengintipan kerana menjual maklumat pertahanan sulit Amerika Syarikat kepada ejen perisik China dengan bayaran 25 ribu dolar sewaktu lawatannya ke Shanghai pada Mac dan April 2017.