Tutup

Video  | Dunia

Burung gagak dilatih untuk bantu bersihkan taman haiwan

Enam burung gagak di Perancis yang sudah dilatih untuk mengutip puntung rokok dan sampah sarap akan memulakan "tugasan" di Puy Du Fou Park minggu hadapan. Menurut salah seorang petugas di taman berkenaan, Nicolas De Villiers, perkara ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepad a orang ramai akan pentingnya menjaga kebersihan. Salah seekor burung gagak dalam kumpulan itu, Rooks dinamakan sebagai seekor haiwan dengan tahap kebijaksanaan luar biasa. Selain mengetuai kumpulan itu, Rooks juga suka berkomunikasi dengan pengunjung.