Video  | Dunia

Erdogan rasmi lapangan terbang baharu di Turki

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan merasmikan lapangan terbang baru di Istanbul yang dijangka bakal menjadi salah satu lapangan terbang terbesar di dunia apabila siap sepenuhnya pada 2028. Pada peringkat awal, ia hanya akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Istanbul dan bagi tempoh dua bulan pertama ia hanya digunakan bagi beberapa penerbangan domestik serta ke Azerbaijan dan utara Cyprus.