Tutup

Video  | Dunia

Harry, Meghan tidak lagi pegang gelaran 'Royal Highness'

Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle kini tidak lagi memegang gelaran diraja 'Royal Highness' selepas mereka membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas diraja dan hidup berdikari. Pasangan itu bagaimanapun masih akan dirujuk sebagai Duke dan Duchess of Sussex, namun pihak Istana Buckingham berkata Harry dan Meghan akan berhenti bertugas sebagai ahli keluarga diraja apabila pengunduran mereka disahkan secara rasmi.