Video  | Dunia

India sertai negara lain elak guna ruang udara Iran

India akan melencongkan kesemua penerbangannya agar tidak menggunakan ruang udara dikawal iran selepas Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengeluarkan nota amaran. Jurucakap Penerbangan Awam India, Dhananjay Kumar berkata ia adalah susulan ketegangan politik di rantau itu, selepas Iran menembak jatuh sebuah dron tentera Amerika Syarikat menggunakan peluru berpandu.