Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Video  | Dunia

Jepun dilanda dua bencana dalam dua hari

Dalam tempoh dua hari, Jepun dilanda dua bencana alam. Satunya ialah Jebi, ribut taufan paling kuat dalam 25 tahun sejarah di Jepun. Jebi meragut 10 nyawa, ratusan cedera dan menjejaskan bekalan elektrik, selain menyebabkan banyak penerbangan terkandas. Selain itu, Jebi turut menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi Jepun dengan jumlah sebenarnya sehingga kini masih ditaksirkan.