Video  | Dunia

Keadilan untuk Scarlett Keeling

Mahkamah India menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki akibat kematian seorang remaja perempuan warga Britain, Scarlett Keeling, yang ditemui maut di sebuah pantai di Goa pada tahun 2008. Samson D'souza didapati bersalah memberikan dadah kepada Scarlett dan menyebabkan kematian gadis berusia 15 tahun itu.