Video  | Dunia

Keputusan Brexit berbeza tanpa penipuan

Keputusan referendum Brexit mungkin menunjukkan perbezaan sekiranya data peribadi pengguna tidak dimanipulasi perunding politik. Pemberi maklumat, Christopher Wylie yang pernah bekerja dengan Cambridge Analytica mendakwa bekas majikannya itu mungkin menggunakan data pengundi yang menyaksikan 51.9 peratus warga Britain memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Wylie turut mendedahkan syarikat konsultasi AggregateIQ membangunkan perisian berdasarkan data untuk kempen bagi mengundi keluar dari EU.