Video  | Dunia

Ketegangan Iran - AS perlukan campur tangan PBB

Ketegangan hubungan Iran dan Amerika Syarikat semakin memuncak apabila dua negara saling tuduh menuduh dakwaan serangan kapal tangki di Teluk Oman. Ia mengundang gusar negara kuasa besar yang mahu perdamaian dicapai segera. Namun setakat ini tiada sebarang usaha perdamaian digerakan secara agresif. Susulan itu negara Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu perlu campur tangan segera bagi mengurangkan ketegangan hubungan Iran Amerika. Menurut Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia UTM Prof Dr Kamaruzaman Yusoff.. Jerman dan Perancis harus segera memanggil sidang tergempar mencari resolusi perdamaian.