Video  | Dunia

Lesen memandu David Beckham digantung 6 bulan

David Beckham telah dikenakan perintah larangan memandu selama enam bulan selepas didakwa menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Menurut pihak Pendakwa Raya, perbuatan Beckham itu dilihat seorang saksi ketika bekas bintang bolasepak itu memandu di London pada 21 November lalu.