Video  | Dunia

Malaysia perlu bersedia sebarang kemungkinan

Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan termasuk kesan dalam aktiviti perdagangan antarabangsa, susulan konfrontasi antara Pakistan dan India. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Malaysia dan Pakistan merupakan anggota kumpulan lapan buah negara (G8) yang banyak menjalinkan hubungan dua hala selain memiliki pelbagai persamaan.