Video  | Dunia

Masjid baharu beri semangat sambut Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri pastinya lebih bermakna buat masyarakat Kampung Dusun Dasan Baru di Lombok Timur apabila masjid baharu yang sedang dibina bakal siap dua hari sebelum hari lebaran. Masjid baharu tersebut dibina di atas tapak masjid lama yang musnah akibat gempa bumi pada Julai tahun lepas.