Video  | Dunia

PBB pandang serius penahanan ahli pembangkang

Setiusaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memandang serius penahanan ahli parlimen pembangkang oleh pihak berkuasa Venezuela. Menurut Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq, Setiausaha Agung PBB percaya bahawa penahanan anggota pembangkang dan pihak perundangan boleh melemahkan usaha mencari penyelesaian dan rundingan damai dalam menyelesaikan krisis yang semakin meruncing di Venezuela.