Tutup

Video  | Dunia

Pesawat bawa tangki air yang terhempas sempat jatuhkan alat kalis api

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia percaya bahawa pesawat membawa tangki air yang terhempas Khamis lalu sempat menjatuhkan alat kalis api bagi membantu mengurangkan kebakaran hutan di negara itu. Ketua Pegawainya, Greg Hood memaklumkan, sepasukan penyiasat pakar sudah tiba di tempat kejadian di Peak View, Snowy Monaro di selatan Australia.