Video  | Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan di New Zealand meninggal dunia

Seorang lagi mangsa warga Malaysia yang terbabit dalam kemalangan di Kaikoura, New Zealand disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang waktu tempatan pada Ahad. Mangsa adalah Nur Irfan Adanan, 15 tahun, yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri, Dr Rumihati Abd Hamid dan Adanan Jemain masing-masing 49 tahun.