Tutup

Video  | Dunia

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019

Sidang kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 berlangsung selama dua hari melibatkan pemimpin dari 10 negara ASEAN dan Korea Selatan bermula secara rasmi hari ini. Ia yang turut sama dihadiri Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad antara lain, akan memberi peluang kepada para pemimpin untuk menilai pencapaian yang telah diperolehi oleh ASEAN dan Republik Korea sepanjang 30 tahun. Sidang menjadi platform hubungan dialog serta bertukar pandangan mengenai hala tujunya serta medan membincangkan isu-isu politik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya. Malah, para pemimpin juga akan membincangkan usaha-usaha terkini untuk mengukuhkan kesalinghubungan yang menyumbang kepada kemakmuran dan kemampanan. Dan untuk perkembangan lanjut, terus sahaja bersama rakan setugas Rahimah Abdullah di Pusat Pameran dan Konvensyen Busan (BEXCO), Busan, Korea Selatan.