Tutup

Video  | Dunia

Suspek tembakan rambang mati ditembak

Lagi kes tembakan rambang di Amerika Syarikat. Insiden terbaru berlaku luar sebuah pusat membeli belah di Houston. Kejadian didakwa berpunca daripada seorang peguam, yang melepaskan tembakan di kawasan kejiranan berkenaan. Enam cedera terkena tembakan, seorang daripadanya kritikal. Tiga lagi cedera akibat impak kaca yang terkena peluru. Suspek kemudian ditembak mati pihak berkuasa.