Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Rai Kaamatan secara sederhana tetapi penuh makna kesyukuran

Meskipun berdepan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak mematahkan semangat bagi Masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) untuk meraikan Pesta Kaamatan. Menjalani normal baharu ketika pandemik itu, semangat Kaamatan tetap terpelihara. Bagi keluarga Reetasha Joanes Mijol, dari Kampung Kolopis, Penampang. PKP tidak menghalang mereka meraikan dalam suasana meriah bersama keluarga tercinta seperti makan malam bersama. Penjarakan sosial dan aspek keselamatan juga dititik beratkan.