Tutup

Video  | Hiburan

14 peserta berentap rebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2018

Program realiti pertandingan komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 kembali menemui penonton dengan menyaksikan 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. Kali ini 2 peserta solo bertanding dengan 4 kumpulan duo manakala 8 kumpulan trio. Peserta solo terdiri daripada Dany Beler dan Hilmy Ashley disaingi peserta duo dari kumpulan Taman, Shiro, Puteh dan 2B. Kumpulan peserta trio yang bertanding pula adalah Bocey, Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero dan Chilok.