Tutup

Video  | Hiburan

Karya seram 'Sembilan' jadi cabaran baru Razaisyam Rashid

Pernah mengarahkan filem CEO dan beberapa drama seperti Kekasih Elektrik dan Mandatori, pengarah Razaisyam Rashid menyahut cabaran baru dalam mengarahkan Sembilan. Sembilan merupakan drama mini bersiri 10 episod yang mengangkat genre seram serta skripnya ditulis oleh Salman Aristo dan Rino Sarjono. Ia merupakan sebuah lagi naskah premium eksklusif yang menyaksikan kolaborasi nusantara antara Malaysia dan Indonesia di bawah payung penjenamaan Astro Original Series.