Tutup

Video  | Hiburan

Kemeriahan majlis cukur jambul anak Azrinaz Mazhar Hakim

Majlis cukur jambul dan akikah Areesya Malaykha yang juga cahaya mata personaliti terkenal tanah air, Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid pada minggu lalu berlangsung dengan begitu meriah sekali. Acara yang diadakan di sebuah hotel lima bintang di ibu negara itu dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat Azrinaz dan suami. Azrinaz turut mengundang Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis gilang-gemilang itu. Dekorasi menawan pada majlis cukur jambul dan akikah Areesya Malaykha tempoh hari dihasilkan oleh Datuk Rizalman Ibrahim.