Video  | Hiburan

Lelaki Harapan Dunia

Editor Digital Astro AWANI, Muzaffar Mustapa berpeluang untuk bersemuka dengan tiga lelaki harapan dunia, Liew Seng Tat, Azhan Rani dan Sofi Jikan dalam satu wawancara ringkas tetapi penuh bermakna. Lelaki Harapan Dunia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang (Wan Hanafi Su) telah dihuni ?hantu?. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak mempercayai perkara tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah hantu itu Orang Minyak? Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa antaranya di Locarno, Toronto, Nara, Vancouver, Busan, Kolkata, Taipei dan banyak lagi. Setelah menjelajah ke sirkit festival filem antarabangsa, filem Lelaki Harapan Dunia bakal ditayangkan di Malaysia mulai 27 November depan. Saksikan wawancara sepanjang 30 minit ini untuk mendekati pemikiran dan harapan produksi filem Lelaki Harapan Dunia.